kira-kira RM10
bilion yang dijangka
menawarkan kerja kepada kumpulan itu sehingga 2008.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Lee Swee
Eng, berkata ketika ini syarikat mempunyai kontrak dalam
tangan bernilai kira-kira RM2 bilion.
KNM Group kini memiliki 11 kemudahan
pengeluaran yang terletak di Malaysia, Australia, Itali,
China, Emiriah Arab Bersatu dan Indonesia.
“Kami akan membina dua kemudahan tambahan
di Kanada dan Brazil yang dijangka siap menjelang awal tahun
depan,” katanya pada sidang media di Seri Kembangan,
Selangor, semalam.
KNM Group kini terbabit dalam pengeluaran
kelengkapan pemprosesan dan pemindahan haba; pusat sehenti
global untuk minyak, gas, petrokimia, pemprosesan mineral
dan industri tenaga.
Terdahulu, KNM Group menerusi anak
syarikat milik penuhnya, KNM Process Systems Sdn Bhd (KNMPS)
memeterai perjanjian dengan Mission Biofuels Sdn Bhd
(Mission Biofuels) bagi cadangan pembinaan kilang biodiesel
dan pengeluaran Glycerine milik Mission Biofuels bernilai
RM122 juta di Pahang.
KNM Group kini mempunyai permodalan
pasaran RM4.6 bilion, dengan 95 peratus pendapatannya dijana
dari luar negara.
Mengulas perjanjian yang dimeterai
semalam Lee berkata, kontrak bernilai RM122 juta yang
diperoleh kumpulan daripada Mission Biofuels itu
membolehkannya menyaksikan pertumbuhan sebanyak 40 peratus.
Katanya, kontrak berkenaan diberikan
kepada KNM Process bagi pembinaan kilang biodiesel milik
Mission Biofuels di Pelabuhan Kuantan, Pahang.
KNM Process akan mereka bentuk dan
membina kilang biodiesel itu, yang direka bentuk sebagai
kilang biodiesel terbesar di negara ini dengan kapasiti
pengeluaran 750 tan sehari. Kilang itu dijangka disiapkan
dalam tempoh 14 bulan.
Beliau berkata, kilang Mission Biofuels
itu adalah yang terbesar di negara ini untuk biodiesel dan
yang pertama dilaksanakan di luar Amerika Syarikat serta
Eropah.
“Kilang itu akan menggunakan teknologi
Axens, Esterfip-H bagi proses pengeluaran biodiesel dalam
menghasilkan glycerine pada tahap keaslian tinggi, membantu
menjimatkan
kos, tidak menggunakan bahan kimia dan mengelakkan
pembaziran pengeluaran,” katanya.